Mar 29, 2012

Kebakaran di KLCC, bangunan dikosongkan [10 gambar]

Suatu kebakaran berlaku di pusat membeli-belah KLCC Suria petang ini, memaksa penghuni dan pengunjung mengosongkan bangunan tersebut.

Asap putih kelihatan dari bumbung bangunan tersebut.

Anggota bomba dan penyelamat tiba kira-kira jam 5.45 petang.

Penerbit buku Amir Muhammad yang kebetulan berada di tempat kejadian berkata pegumuman dibuat melalui sistem pembesar suara meminta orang ramai mengosongkan bangunan.

Menurutnya, eskalator sesak dengan orang ramai tetapi keadaan di situ tenang dan teratur.

Beliau berkata, sekitar lebih 1,000 orang berkumpul di luar bangunan itu di bahagian air pancut dekat taman taman Suria KLCC. - mkini










sumber : twitter
notasemut : semoga semua selamat.


sah umno bengap - mahathir mohon benarkan golongan cerdik pandai sertai umno [berita panas]

sumber : mstar
kah kah kah! berita apa ni? buka pintu bagi cerdik pandai sertai umno? habis selama ni dalam umno tu golongan mana? cerdik buah pelio? kah kah kah! dah bertahun gua bilang, "budak rendah IQ je sokong umno ni.." dan hari ni terima kasih pada mahathir, kata kata gua terbukti benar. 

cuma yang gua hairan ayat dekat bawah tu - bila mahathir sendiri mengaku sekatan golongan professional sertai umno berlaku SEMASA beliau jadi pemimpin parti. kah kah kah! celaka apakah ini? ya, gua tau, bila sekat orang pandai yang lain dari sertai umno, maka nampaklah macam mahathir adalah seorang pemimpin yang 'super' pandai. padahal yang lain semua bengap. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

notasemut : lu best student kelas paling power, lepas tu lu transfer masuk kelas paling hujung yang mengeja pun tak reti, memang la lu nampak superb! cilakak mahathir! macam ni 22 tahun cara lu pimpin malaysia? pui!

dia ni sekolah mana dulu? kah kah kah!


Imam 'baling kasut' Islamkan 2 banduan, ajar fardu ain di penjara

Imam 'baling kasut' Islamkan 2 banduan dalam penjara

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun dihukum penjara setahun dek kerana membaling kasut ke arah hakim, tanggungjawab dakwah imam Hoslan Hussain tidak terhenti di sebalik jeriji besi.

Malah beliau dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.

Isterinya, Noorliza Mohd Isa ketika berkongsi keadaan terkini Hoslan berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya.

Sumber : Harakahdaily