Apr 2, 2012

PANAS : gambar tukang pacak bendera PAS mati terkena elektrik terbongkar [UPDATED]

sumber : facebook

gambar di atas ni dah banyak tersebar di blog pro-umno dan facebook. katanya gambar skuad pacak bendera parti PAS yang mati akibat terkena renjatan elektrik. sambil sambil gua cari berita lanjut, gua try google image. dan hasilnya, lihat dibawah. ya, gambar ini di-pos pada 25 jun 2011 di www.juruelektrik.com.


dan kalau search lebih lanjut, boleh jumpa gambar ni di website luar negara lain, salah satunya di sini [citizen of copenhagen] jadi, gua sendiri pun naik confuse, website mana dulu yang upload gambar ni? yang pasti, ini bukan gambar tukang pacak bendera. sekian harap maklum.

notasemut : come on, cuba lagi, try harder

UPDATED :

kalau rujuk pada facebook awang adek, beliau turut bersama sama di majlis pengebumian mangsa


jadi, dari parti mana mangsa adalah tidak penting, yang penting kita sedekahkan al-fatihah kepada mangsa.

berita penuh boleh didapati di sini [METRO - 2 mati kena karan]


UPDATED 2.0 :

blogger umno dah mengaku bahawa mangsa adalah dari pihak mereka sendiri. boleh rujuk 2 blog di bawah. mohon kerjasama blogger umno lain supaya berhenti menyebarkan fitnah terhadap mangsa. dah la letak gambar palsu, laporan pun main hentam je..