Apr 4, 2012

Annuar Musa bersalah, digantung 2 tahun 6 bulan

gambar : sinar harian
KELANA JAYA: Jawatankuasa Tatatertib sebulat suara memutuskan Tan Sri Annuar Musa bersalah dan digantung untuk tempoh dua tahun setengah berkuatkuasa hari ini atas dua tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Abdul Razak, berkata pertuduhan pertama dikenakan hukuman penggantungan 2 tahun, manakala pertuduhan kedua untuk tempoh enam bulan. Beliau berkata, dua penggantungan itu tidak dilaksanakan serentak atas alasan ia membabitkan dua kesalahan berbeza.

Katanya, secara dasar Annuar tidak dibenarkan terbabit dalam aktiviti sukan bola sepak di negara ini sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat negeri.

Bagi pertuduhan pertama, ia membabitkan kesalahan mengeluarkan kenyataan media, manakala pertuduhan kedua membabitkan pelanggaran titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Ahmad Shah. - BH


notasemut : 2 tahun setengah? ok, gua jatuhkan hukuman pada diri sendiri dengan takkan turun stadium selama 3 tahun kecuali dapat tiket free. kah kah kah!


Bersih 3.0 - Duduk Bantah! [28 April, Dataran Merdeka]


Jawatankuasa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil BERSIH 2.0 mengumumkan bahawa Perhimpunan BERSIH 3.0 akan berlangsung jam 2 petang, Sabtu, 28 April di Dataran Merdeka.  Perhimpunan "Duduk Bantah" ini juga akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia.

Demikianlah pengumuman Jawatankuasa BERSIH 2.0 dalam satu sidang media yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, jam 11 pagi tadi.

Sebelum ini, MerdekaReview memetik sumber yang memaklumkan bahawa seandainya Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tidak mencadangkan dalam laporannya, lapan tuntutan BERSIH 2.0 untuk dilaksana sebelum PRU 13; atau kerajaan memberi reaksi yang negatif, maka persediaan JOM 100 bakal ditukar menjadi persediaan untuk perhimpunan BERSIH 3.0.

- merdekareview