Apr 14, 2012

karnival janji ditepati - selain Pejabat Kadi, PPD juga paksa pegawai hadir [bukti]



Kesemua 180 masjid di daerah Batu Pahat, Johor diarahkan menghantar lima wakil, termasuk imam, bilal dan noja bagi menghadiri program Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 7 April lalu.

Arahan itu dibuat melalui surat rasmi daripada pejabat kadi daerah bertarikh 2 April yang turut meminta pihak masjid memberikan wang RM50 kepada individu yang mewakili masjid masing-masing.

Salinannya kini beredar di laman blog dan Facebook oleh pihak yang mempertikaikan arahan tersebut yang didakwa menggunakan masjid dan kewangannya untuk kepentingan politik kepartian.


notasemut : sebenarnya bukan orang masjid je kena paksa, ramai lagi yang jadi mangsa. buktinya suami kepada blogger dibawah kena pergi karnival tersebut atas arahan PPD. dalam surat arahan katanya kehadiran 'tidak boleh tidak'. kah kah kah! dalam tv akhbar beriya kata karnival dapat sambutan rakyat. padahal, kena paksa. boooo!! eh silap, moo000oo!!!!

sumber : blogger

antara komen menarik dalam blog tersebut. kih kih kih

Anonymous
April 10, 2012 9:06 AM

salam...saja nak menyibuk...saya antara yang ada di karnival tersebut. tak pro mana2...tapi apa yang sedih menu makanan 1 malaysia menyedihkan...jauh panggang dari api kalau nak dibandingkan dengan apa yang diciter dalam paper....yang bawah khemah najib lain...hehehe...kesian rakyat bawahan kita.....




kes pukul - Mikael Adam dibelasah Tunku Mishal Ibrahim? [gambar dan video]

sumber : twitter

sumber : instagram


“Tunku Mishal Ibrahim (kerabat Johor), bashed Mikael Lozach repeatedly when he pulled him out of his car. Result: fractured cheekbones. #justice”

Artis hip hop dakwa dipukul kerabat diraja di luar pusat beli-belah - Berita Harian

KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi hip hop cedera teruk di muka dan badan selepas mendakwa dibelasah seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, Mikael Adam Mohd Rafae, 24, yang juga artis rakaman Kartel Records dan deejay hip hop dikatakan pengsan sebelum dihantar ke sebuah hospital swasta untuk rawatan.

Mikael Adam mendakwa, ketika kejadian beliau berada dalam kereta bersama dua rakannya di luar pusat beli-belah itu sebelum didatangi seorang lelaki dikenalinya yang secara tiba-tiba menariknya keluar dari kenderaan berkenaan.

“Selepas menarik keluar dari kereta, saya dibelasah dan dipijak menyebabkan terpaksa mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala menggunakan tangan bagi mengelak kecederaan.

“Saya cuba meminta pertolongan rakan dan orang awam di sekitar tempat kejadian tetapi tidak sempat sebelum tidak sedarkan diri kerana cedera parah di muka,” katanya.

Mikael Adam yang turut dikenali dengan nama SonaOne berkata, beliau tidak pasti mengada dia diserang, namun kesal dengan tindakan individu terbabit yang menyerangnya hingga mengalami kecederaan parah dan terpaksa dirawat di hospital.

Mikael Adam sebelum ini menghasilkan beberapa album dan pernah membuat persembahan bersama artis hip hop, Joe Flizzow dan Altimet selain dicalonkan dalam anugerah Shout! Awards 2010 bagi kategori Hip Hop dan R&B.

Sementara itu, seorang saksi enggan dikenali membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.

Saksi itu berkata, beliau berada berhampiran tempat kejadian dan melihat mangsa dibelasah namun tidak sempat membantu sebelum menghantarnya ke hospital.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - bharian



notasemut : belasah dengan sebab ke, tanpa sebab ke, mohon pihak bertanggungjawab siasat.