Apr 15, 2012

menjelang PRU13 - pelajar 16 tahun maut kemalangan selepas hadiri program 'BN pilihan orang muda' [gambar program]


IPOH: Seorang remaja terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Km 242.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Supt Abdul Ghaffar Mohamad berkata mangsa, Meor Mahffuz Meor Abdullah, 16, dari Lenggong meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Kejadian berlaku pada pukul 4.45 petang tadi dan mangsa dipercayai menunggang dengan laju sebelum terbabas dan merempuh penghadang di tengah lebuh raya lalu tercampak di atas jalan, katanya ketika dihubungi di sini.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Ipoh ke rumahnya di Lenggong selepas menghadiri majlis perhimpunan Barisan Nasional (BN) Pilihan Orang Muda di kediaman Menteri Besar Perak yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tengah hari Sabtu.

Sementara itu Ketua Pemuda Umno Perak Khairul Azwan Harun berkata seluruh anggota Pemuda BN Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Pemuda Umno Perak juga akan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga mangsa, katanya ketika dihubungi. - BERNAMA


 * * * * * * *

notasemut : semalam ada pencacai bersungguh bagitau yang program "BN pilihan orang muda" di kediaman MB 'haram' Perak tu dihadiri budak budak baru habis sekolah. kononnya semua berumur 18 tahun ke atas. ok fine, tapi, Tuhan Maha Berkuasa. sekali Dia nak tunjuk, terus semua orang boleh nampak jawapan sebenar. nama BN tu elok tukar jadi Barisan Nipu je laa.




gambar dan cerita penuh - Budak-Budak Sekolah Disalahgunakan Oleh Umno/BN [Al Husseyn]