Apr 25, 2012

rumah RM4 juta artis ada hubungan dengan menteri? [gambar]

Banglo 3 tingkat bernilai RM4 juta yang dimiliki seorang artis di The Valley, Taman Bukit Indah, Ampang

KUALA LUMPUR: Seorang artis yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang menteri telah menduduki sebuah rumah berharga RM3 juta mulai awal bulan ini.

Rumah tiga tingkat beralamat di No 18, Jalan Lembah TTDI 3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang adalah didakwa milik pelakon yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet.

Menurut sumber, rumah tersebut berharga RM3 juta dan pelakon tersebut telah memasuki rumah itu awal April lalu.

Malah menurut sumber itu lagi, artis wanita itu telah melakukan pengubahsuaian ke atas rumah tersebut dengan kos sebanyak RM1 juta.

Bagaimanapun, sumber itu memberitahu, rumah itu tidak dibeli atas nama artis berkenaan tetapi atas nama salah seorang ahli keluarganya.

Bagaimanapun segala urusan berkaitan ubahsuai rumah itu dilakukan oleh artis berkenaan.

Tinjauan Harakahdaily mendapati di bahagian hadapan kediaman tersebut turut terdapat pondok pengawal dan beberapa kamera CCTV dipasang di sekeliling rumah.

Sumber turut menyatakan, pelakon tersebut juga turut memiliki seorang jurulatih gimnasium peribadi yang akan melatih beliau di sebuah kelab dalam kawasan perumahan tersebut.

Dalam pada itu, beliau sebelum ini pernah memberitahu kepada penduduk taman tersebut bahawa beliau sudah berkahwin dan suaminya hanya datang bila ada masa terluang.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendedahkan pemberian wang tunai yang dianggarkan berjumlah RM1.5 juta yang didakwa dilakukan oleh seorang menteri kepada seorang artis hanya dalam tempoh empat bulan.

Beliau mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh bekas pemandu peribadi artis terbabit.

Menteri dan artis nafi

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan beliau mempunyai hubungan dengan seorang artis wanita bernama Zahida Mohd Rafik.

Mohd Shafie kelmarin menafikan dakwaan yang dibuat ke atas sebelum ini dan mengancam untuk mengambil tindakan saman kepada mereka yang mengaitkan dirinya.

Pelakon berkenaan, Zahida juga turut tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu dan berkata peguamnya juga sedang meneliti kes berkenaan. - harakahdaily


notasemut : rasanya dah boleh teka siapa artis yang dimaksudkan. kakaka. nasib la. dekat dekat pilihanraya scene bongkar membongkar ni memang standard. kadang kadang kita tak cari pun info tu datang sendiri.


menjelang Bersih 3.0 - mengimbau kebodohan utusan umno [muka depan 709]

sumber : utusan 709

KL darurat? kah kah kah! nampak berita kecik kat atas tu? ingat lagi al-kisah molotov cocktail botol plastik penutup pink? kah kah kah! ingat lagi al-kisah parang bau kedai? kah kah kah! kah kah kah! entah apa pulak tajuk muka depan utusan umno sabtu ni nanti. come on utusan, cuba lagi, try harder!


menjelang Bersih 3.0 - tentera mohon tukar ALAMAT, spr pergi tukar JANTINA [bukti VIDEO]

sumber : www.spr.gov.my

kalau tak percaya, try check nombor ni T1110543 di website spr

tujuan gua bukanlah untuk mengaibkan brader zaini, tapi untuk mendedahkan kecuaian pihak spr semasa memasukkan data data penting ke dalam daftar pemilih. dia mohon tukar alamat je, yang pergi tukar jantina tu apahal? kerja penting macam ni takkan takde SOP? kalau kerani buat silap, takkan takde siapa siapa yang double check? nak kerja ke nak ular? ini baru yang kita jumpa, entah berapa ribu lagi kesilapan yang pelik pelik, hanya Tuhan yang tahu.

notasemut : bila dah terlalu banyak pendedahan tentang senarai daftar pemilih yang meragukan, gua terfikir.. adakah ini disengajakan atau mereka hanya menurut perintah?




menjelang Bersih 3.0 - malaysia ada pengundi berumur 159 tahun [bukti VIDEO]


cakap banyak tak guna. kita jumpa di dataran merdeka sabtu ni. harap harap makcik wong kwan moy ni pun ada sekali. teringin juga nak jumpa manusia pra-sejarah ni. kah kah kah!

notasemut : sila check sendiri nombor IC ni 530823040010 di www.spr.gov.my . thanks amenoworld :)



menjelang PRU13 - SPRM ikut telunjuk Utusan? [muka depan]

muka depan utusan hari ini

SPRM mula siasat Air Kelantan Sdn. Bhd.

KUALA LUMPUR 24 April - Selepas lima bulan Utusan Malaysia menyiarkan laporan khas mengenai bekalan air di Kelantan yang tercemar, pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir di pejabat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) di Kota Bharu semalam untuk memulakan siasatan mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dalam syarikat pengurusan air berkenaan.

Difahamkan, pegawai dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya itu tiba pada pukul 10 pagi semasa mesyuarat Lembaga Pengarah AKSB yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang berlangsung.

Mereka berada di pejabat AKSB sehingga petang dan mengambil keterangan beberapa pegawai kanan syarikat berkenaan sebelum pulang dengan membawa beberapa fail penting untuk membantu siasatan.

Menurut sumber, SPRM bertindak menyiasat syarikat pengurusan air tersebut setelah menerima laporan yang dibuat oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam urus tadbir AKSB melibatkan kerugian berjumlah jutaan ringgit pada Mei lalu. - utusan syaitan

* * * * * * *

kah kah kah! berita macam ni memang menghiburkan. SPRM bertindak lepas utusan siarkan laporan khas? kah kah kah! gua doakan SPRM berjaya dapat bukti kukuh dan heret mereka yang makan rasuah ni ke muka pengadilan. tak kira la pemimpin PAS, UMNO, KEADILAN, DAP atau parti KITA sekalipun, lagi cepat masuk penjara lagi bagus. 

cuma yang hairannya, SPRM ni asyik siasat negeri pakatan rakyat je. sejak 2008 lagi utusan ni kecoh kata kerajaan PR negeri selangor seleweng itu seleweng ini. hujung hujung, khir toyo dan si rahman ahli parlimen sabak bernam yang didapati bersalah kerana menyeleweng. kah kah kah!

notasemut : yang buat lagi hairan, kenapa SPRM ikut telunjuk utusan, akhbar yang paling banyak kali terbukti bersalah di mahkamah kerana fitnah? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!