Apr 26, 2012

menjelang Bersih 3.0 - Jom Baca Harakah Edisi Bersih 3.0 [PERCUMA]



notasemut : ini Harakah Edisi 1737. sila klik pada gambar dan selamat membaca :)


Bersih 3.0 dilancar di Makkah dan Madinah [gambar]


 MAKKAH: Gerakan untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia melalui Bersih 3.0 dilancarkan di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah hari ini.

Ia dilancarkan oleh aktivis Bersih 3.0 yang berada di kedua-dua kota ini hari ini, dua hari menjelang perhimpunan raksaksa di Kuala Lumpur 28 April ini.

Di Makkah, pelancarannya dibuat di depan restoran D'Saji milik Malaysia yang terletak dibangunan perniagaan di hadapan Masjidil Haram.

(Bersih 3.0 dilancarkan di perkarangan
restoran D'Saji, Makkah hari ini)
Kira-kira 20 rakyat Malaysia terlibat di majlis pelancaran itu. Hampir kesemua mereka memakai baju kuning berlogo Bersih 3.0 di samping menaikkan banner Bersih 3.0.

Di Madinah pula, pelancaran dibuat di dalam perkarangan Masjid Nabawi iaitu di bawah payung gergasi masjid itu.

Di sini, lebih ramai aktivis berkumpul iaitu kira-kira 30 rakyat Malaysia yang sedang berada di sana.

Mereka juga memakai baju kuning Bersih 3.0 di samping menaikkan banner. - harakahdaily


menjelang PRU13 - Pengerusi SPR dan Timbalan adalah ahli Umno [PANAS]

“Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pili­han raya.

“Mereka patut lepaslah (keahlian dalam Umno), jangan ada sekelumit prejudis dan prasangka bahawa SPR ini berpihak kepada mana-mana parti politik,” katanya.

“Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno),” kata beliau dalam satu temu bual eksklusif dengan Sinar Harian di pejabatnya, semalam.

“Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno,” katanya lagi.

Saifuddin berkata, kedua-dua Abdul Aziz dan Wan Ahmad seharusnya telah meletakkan jawatan dalam parti sebaik sahaja dilantik ke jawatan penting agensi pengendali pilihan raya itu.

“Kalau ya pun, hati kecil biarlah dapat bersuara... dalam menguruskan SPR, pihak berkepentingan adalah rakyat,” katanya.

Dalam hal ini, katanya, beliau menghormati pendirian Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia yang melepaskan jawatan dalam parti sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Marudu , apabila dilantik ke jawatan itu.

Kata Saifuddin, Pandikar sendiri ada memaklumkan perkara itu kepadanya dan sewajarnya Abdul Aziz dan Wan Ahmad mengikut jejak langkah Speaker Dewan Rakyat.

“Itu (jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR) bukan jawatan politik, Agong yang lantik, mereka masih ahli Umno yang sah, saya minta mereka menafikan perkara tersebut,” katanya.

Pandikar dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat empat tahun lalu.

Abdul Aziz menjadi Pengerusi SPR pada Januari 2009 manakala Wan Ahmad pula kira-kira setahun sebelum Pilihan Raya Umum 2008.

Sumber : Sinar

* * * * * * *

notasemut : kah kah kah! entah kenapa gua tak terkejut dengan pendedahan ni. kah kah kah!



menjelang Bersih 3.0 - PAS sediakan 100 peguam [TALIAN HOTLINE]


KUALA LUMPUR: Sempena himpunan 'duduk bantah' Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April ini, 100 peguam Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat akan membuat pemantauan.

Menurut Pengarahnya Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata peguam tersebut akan berada di tiga tempat termasuk tempat berlangsungnya himpunan, balai polis dan bilik gerakan utama yang akan diwujudkan mereka.

Bilik gerakan itu dinamakan Bilik Gerakan Juham Bersih 3.0.

"Para peguam Juham akan memakai pakai hitam putih serta tag nama yang tertulis peguam PAS," katanya.

Sementara itu, sekiranya berlaku penangkapan atau menghadapi sebarang halangan, orang ramai boleh menghubungi pihak Juham di talian hotline 010-2906770, 010-2907174 dan 010-2907332.

Bagaimanapun katanya, talian tersebut hanya akan diaktifkan dua hari sebelum perhimpunan Bersih 3.0 berlangsung.