Apr 27, 2012

BERSIH 3.0 LIVE UPDATE


notasemut : saja gua set benda ni awal. esok tak payah kucar kacir cari internet. doakan kami semua selamat pergi dan selamat balik :)

menjelang Bersih 3.0 - utusan hina institusi raja melayu

sumber : utusan

notasemut : mohon hasan ali segera masuk campur dalam hal ni. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!


menjelang Bersih 3.0 - Pengerusi dan Timbalan SPR mengaku ahli UMNO [keratan akhbar]


KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak pernah mendaftar atau memohon untuk menjadi ahli Umno, walaupun tidak menolak kemungkinan namanya tersenarai dalam parti tersebut.
“Saya tidak ingat langsung bila dan di mana saya pernah menjadi ahli Umno, boleh jadi ada mana-mana pihak memasukkan nama saya selepas tamat universiti, awal 70-an dulu.

“Itu pun saya tidak dapat pastikan di kawasan mana sebab lepas tamat belajar saya tinggal di beberapa tempat, antaranya Segambut, Selayang dan Ampang. Jadi kalau ada pun yang menamakan saya, memang saya tidak tahu di mana,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau menjelaskan tidak tahu nombor keahlian, tidak pernah membayar yuran tahunan dan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat parti, jauh sekali dari memegang apa-apa jawatan parti.

“Perkara sudah terlalu lama, saya tidak ingat, hinggalah hari ini (semalam) ada pihak yang membangkitkan perkara ini dalam akhbar,” katanya mengulas berita muka depan Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, tidak adil mana-mana pihak mengambil fakta yang sudah terlalu lama dan dilupakan semata-mata untuk dijadikan isu.

“Saya ingin menegaskan kalau pun betul ada orang mendaftarkan saya sebagai ahli parti, itu tidak sama sekali menjadikan saya berat sebelah atau bias dalam mengendalikan SPR. Saya tidak pernah berasa terikat sepanjang berkhidmat di sini,” tegas beliau mengulas laporan Sinar Harian dan Sinar Harian Online semalam.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu menafikan mereka bukan ahli Umno bagi membuktikan benar-benar berkecuali.

Pakatan Rakyat (PR) membangkitkan perkara ini ketika desas-desus menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat sementara membangkitkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.

Saifuddin menambah, pada dasarnya mana-mana ahli panel SPR sepatutnya tidak menganggotai parti politik supaya mereka kelihatan berkecuali dan dapat bertindak tanpa condong kepada mana-mana pihak.

Sumber - Sinar Harian


menjelang Bersih 3.0 - Ahmad Fuad Ismail perlu contohi Adnan Yaakob [VIDEO]

sumber : mkini

"saya sebagai menteri besar pahang mengalu-alukan, sebab kita demokrasi"

"kalau 20,000 orang berkumpul, takkan 20,000 orang tak makan, takkan 20,000 tak tinggal di hotel?"

"dengan sendirinya ada generation of economic activity"

"the more the merrier"

"kalau boleh buat macam bersih. ada bersih one, bersih two, bersih three.."

"kakitangan awam tu dengan kebenaran ketua pejabat apa salahnya"

- Adnan Yaakob, 13 Feb 2012, Hotel Vistana Kuantan.



kah kah kah! macam tak percaya gua boleh post entri puji Adnan Yaakob ni. hal perhimpunan Hijau 2.0 je yang gua puji, yang hal hal lain tu gua tetap benci. kah kah kah! kalau ikut pengalaman gua, dalam banyak banyak perhimpunan aman yang pernah gua sertai, memang perhimpunan Hijau 2.0 di Kuantan antara yang terbaik la. peserta dapat berkumpul dengan tenang. polis pun senyum je. siap bagitau mana parking penuh, mana parking kosong. cuma awal awal ada masalah tukar padang tu standard la. well, you know, Adnan Yaakob..