May 14, 2012

selepas Bersih 3.0 - najib, london dan bunga kuning [gambar]

ini dari berita harian online
sumber : nst

daripada banyak banyak jenis bunga, kenapa depa pilih kuning?
macam bunga peserta bersih 3.0 bawak masa duduk bantah je...
keh keh keh

Tragedi 13 Mei - MB Nizar melawat ceramah 'Nizar Pembohong Bersiri' oleh umno [UPDATE: penjelasan nizar]




UMNO KANTOIII !!! Sejarah Telah Tercipta... Malam Tadi, Sedang Sibuk YB UMNO Menghentam DS Nizar Jamaluddin Dalam Ceramahnya Yang Berjudul "NIZAR PEMBOHONG BERSIRI"..., Tiba-Tiba Dato Seri Nizar Datang Dan Duduk Di Meja Utama. Penceramah UMNO Yang Toleh Kebelakang Melihat, Tiba-Tiba Tergamam Dan Menurut Twitter DS Nizar, Penceramah Terus Kelu Dan Pucat.. - FB Kami Boikot Buletin Utama TV3


berikut penjelasan 'menteri besar perak yang sah' mb nizar di twitter.

sumber : @mbnizar

* * * * * * *

UPDATE : dan berikut penjelasan MB Nizar, dipetik dari harakahdaily.

KUALA LUMPUR, 14 Mei: "Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nizar berkata demikian apabila ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tadi.

"Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang.

"Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Cerita Nizar, ketika beliau sampai dan duduk di meja utama, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional Hanafiah Man sedang 'mengumpat' beliau.

Namun apabila menyedari kehadiran Nizar, Hanafiah terdiam seketika dan terus menukar topik.

"Saya pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu.

"Orang kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur.

"Saya duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan.

"Katanya kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya nak sampaikan maklumat," katanya lagi.

Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya. - harakahdaily


menjelang PRU13 - 7 sebab kenapa Umno/BN tidak layak diberi mandat [sinar harian]



Tujuh jawapan balas Pas kepada Umno

IDRIS AHMAD
14 Mei 2012

INI tujuh jawapan balas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang berucap di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei 2012 - kenapa Umno BN tidak layak diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pertama, apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai? Najib tidak boleh berbangga dengan pemberian BR1M kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang. Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil jimatan. Kalau

Felda wang banyak kenapa perlu berhutang dengan KWSP sebanyak RM6 bilion. Malahan wang tunai Felda semakin kurang sejak Felda di bawah pengawasan Najib pada 2004. Pada 2004, wang Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada RM1.39 bilion pada 2009. Ke mana wang Felda ini dibelanjakan? Bangunan Felda sebanyak RM662 juta, projek basmi kemiskinan rakyat Sabah RM253 juta dan kos tanam semula RM2 bilion. Sedangkan negeri Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil ketelusan dan lebihan memerangi rasuah. Kelantan yang miskin mampu memberi skim Kifalah sebanyak RM8 juta setahun, yang Umno tidak pernah lakukan. Kerajaan di Selangor memberi air percuma yang tidak pernah dimimpi oleh rakyat Selangor selama ini.

Semuanya hasil jimat cermat. Walaupun Selangor memberi banyak kebajikan untuk rakyat, negeri Selangor tidak muflis malahan simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion. Wang BR1M RM500 untuk 55 tahun sekali sahaja, itu pun apabila Umno lemah.

Hujah mengatakan bahawa Umno sahaja buat jalan, klinik, seolah-olah di negeri Thailand, Papua, Pontianak, Malta tidak ada jalan kerana Umno tidak ada. Ini hujah zaman batu.

Kedua, parti mana yang lebih baik, maka sudah tentu Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno BN yang terbukti dan teruji. Buktinya pemerintahan Umno BN indeks rasuah meningkat, menurut CPI pada tahun 2010 indeks 4.4 tetapi telah merosot kepada 4.3 pada tahun 2011. Laporan Ketua Audit Negara, Malaysia kerugian akibat ketirisan RM28 bilion pada 2008.

Ketiga, apakah Umno hendak diharap jaga agama? Siapa yang runtuh Masjid Bujal? Runtuh surau kampung Berembang Ampang, tutup surau Jubli Perak Bangi, tutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, tutup Surau Puchong Perdana? Bukankah ini angkara Umno? Kalau tempat suci umat Islam pun Umno tidak boleh diharap. Bagaiaman hendak harap Umno menjaga Islam yang lebih besar.

Apakah Umno mendakwa mereka menghormati Raja-Raja Melayu? Siapa yang tabal Tengku Ibrahim di Padang Sekolah Ketereh? Siapa yang kata Sultan Terengganu binatang? Siapa yang maki Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1983 dan 1993? Zahid Hamidi sendiri pernah pertikai kedudukan Sultan Ismail Petra Kelantan kononnya tidak layak menjadi Sultan. Tan Sri Rahim Tambi Chik suruh rakyat berbahasa dengan Raja ialah “saya” untuk ganti perkataan “patik”. Umno jangan hipokrit kononnya pembela Raja-Raja Melayu.

Keempat, Najib kena malu sikit kononnya bijak urus ekonomi. Seantario dunia tahu bahawa negara dan negeri BN perintah semuanya masalah. Hutang negara meningkat daripada RM146 bilion pada tahun 2002 kepada RM456.1 bilion pada tahun 2011.

Adakah Najib punya otak mengatakan kerajaan yang hutang banyak, maka kerajaan itu cerdik mentadbir negara. Pemerintahan Umno BN Kedah meninggal hutang hampir RM2.3 bilion kepada Pakatan Rakyat.

Kelima, parti Umno yang bermain isu-isu rasis di negeri Pakatan Rakyat. Siapakah yang anjur demo kepala lembu di Selangor? Siapa pula yang demo kebumikan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 10 Mei 2012? Apakah ini yang dimaksudkan dengan keharmonian kaum? Kalau trend ini berlaku berterusan maka ia amat merbahaya kepada negara.

Keenam, transformasi apa yang Najib bawa? Tidak lebih daripada retorik. Apakah Undang-Undang ISA kononnya dimansuhkan? Sedangkan yang baru lebih teruk. Rang Undang-Undang Pilihanraya diluluskan dengan secara tergesa-gesa oleh Dewan Rakyat. Setelah mendapat kecaman maka Dewan Negara menarik balik. Polis yang “merusuh” pada 28 April 2012 di himpunan Bersih adakah ini transformasi Najib. Ini bukan transformasi tetapi transformer.

Ketujuh, BN gagal meningkat pendapatan rakyat di negara ini. Buktinya 5.2 juta rakyat berpendapatan RM3,000 ke,bawah. Kenapa gagal? Bukankah Malaysia negara kaya? Kenapa rakyat miskin, bagaimana Najib boleh mengaku beliau berjaya meningkat pendapatan rakyat. Walaupun negara sudah merdeka 55 tahun tahap kemiskinan rakyat semakin parah. Malahan kemiskinan sebenarnya dirancang supaya ia menjadi umpan kepada Umno untuk mendapat undi dalam setiap kali pilihan raya.

Idris Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat

Sumber : Sinar Harian


Bersih 3.0 - The Conspiracy [video terbaik]


Stop asking why Police acted so cruelly and merciless during the Bersih 3.0 Rally as there could only be ONE reason:
They did it on purpose, to create chaos and make Bersih 3.0 looked ugly.
There are many conspiracies , no one knows who is right or wrong...IT ALL DEPENDS ON WHAT YOU BELIEVE!

Thanks and credits to those who upload their video into internet so that I able to make this compilation out of it! Sorry if I didn't ask permission from you guys, but really appreciate the great visual from you all! - kiangalaxy

notasemut : video power macam ni memang rugi kalau tak kongsi ramai ramai. thank you kiangalaxy!