“Saya memohon maaf kepada Menteri Besar dan semua ahli UMNO di Malaysia dan saya berasa amat kesal dengan kejadian itu”.
“Saya ingin memohon maaf kepada seluruh ahli Umno di Malaysia kerana saya telah berjuang dengan UMNO selama 27 tahun, jadi tak mungkin dalam keadaan normal saya akan memburukkan kerajaan… sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada parti.
“Saya ingin tegaskan bahawa dalam jiwa dan perjuangan saya dalam UMNO tidak pernah terpadam malah saya sanggup berkorban serta berjuang demi bangsa dan tanah air.
“Saya tak sanggup nak tinggalkan parti yang mempertahan bangsa dan agama saya, apa yang berlaku cuma saya merasakan saya tidak mendapat pembelaan dalam usaha mencari rezeki,” katanya.
Tambah Zamhuri lagi, ketika kejadian, beliau seolah-olah diselubungi perasaan marah yang keterlaluan dan langsung tidak menyedari setiap pertuturan yang dilakukannya.
notasemut : kah kah kah! pergi jahanam sama lu zamzuri. dari hari pertama tengok video 'amuk ala pon' tu lagi gua dah mark yang mamat ni memang tak boleh pakai. syukur alhamdulillah orang macam ni kekal dalam umno. sekurang kurangnya gejala bodoh piang tu tak merebak masuk ke kem pakatan rakyat. kah kah kah!