Jun 18, 2012

shahidan kassim dah minta maaf dengan sultan dan rakyat johor ke belum? [hansard parlimen 1993]





notasemut : hah amacam? ingat gua menipu? nah baca sendiri edisi penuh dekat sini - [http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-18011993.pdf]


Kempen R untuk Royalti : ADUN BN hina OKU


KOTA BHARU: Tindakan Adun BN Nenggiri, Mohd Yusof Abdul Ghani mengaitkan simbol 'R' untuk Perjuangan Rakyat dalam menuntut Royalti, hak pendaratan minyak dan gas ke bumi Kelantan adalah menghina bahasa isyarat golongan itu.

(Isyarat jari bersilang adalah untuk huruf 'R' dalam bahasa OKU Pekak-Bisu.)

(Tuan Guru Nik Aziz serta penyokong kempen Royalti semasa melancarkan kempen ini)

Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti,Pendaratan Minyak dan Gas (Royalti), Mohammad Hisyamuddin Ghazali berkata, tindakan berkenaan juga seolah menghina Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yangturut menyokong pendaratan Gas di Kelantan.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas kenyataan Adun Nenggiri yang mendakwa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengangkat dua jari sebagai simbol kristian.

Adun Nenggiri itu berkata Nik Aziz menunjukan simbol tangan sebagai tanda salib sebagaimana posting yang ditulis dalam Umno-tumPAS.

“Ia adalah satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan ke atas seorang ulama apa lagi simbol tangan yang ditunjukkan oleh Tuan Guru adalah simbol 'R' bukannya simbol salib," kata Hisyamuddin.

Katanya, simbol berkenaan diguna pakai oleh golongan berkenaan di seluruh negara dan mungkin dunia bagi menghubungkan sesama mereka.

"Sebagai seorang Adun yang dipilih oleh rakyat, sepatutnya yang berhormat perlu lebih peka simbol bahasa yang digunakan oleh golongan OKU yang juga ada di kalangannya pengundi yang berhormat.

“Tindakan Adun itu telah menghina kelompok OKU yang juga turut bersama berjuang dalam usaha tuntutan ini,”ujarnya.

Sehubungan itu, katanya tindakan fitnah berkenaan adalah satu tindakan yang tidak wajar dan akan diambil tindakan undang-undang sekiranya Adun Nenggiri itu tidak menarik balik kenyataan tersebut. - harakahdaily


sumber : mnsu.edu

notasemut : nama pun adun BN, confirm la Bangang!