Aug 1, 2012

menjelang pru13 - rafizi kena tangkap, saham felda jatuh lagi

rasanya semua orang dah tau hal rafizi kena tangkap pagi tadi. masalahnya lepas tu macam macam spekulasi pulak timbul. ada yang kata rafizi kena tangkap sebab sibuk bongkar projek lrt najib, ada yang kata sebab rafizi nak bangkrapkan bisnes proton mahathir, ada juga yang kata polis dah jadi lembu shahrizat, dan macam macam lagi.

sekarang gua nak tambah satu lagi spekulasi. ya, gua syak rafizi ni kena tangkap supaya semua berita online, tv dan akhbar akan sibuk tayang gambar rafizi kena gari di mahkamah. dan pada masa yang sama berita kejatuhan saham felda dapat disembunyikan dari pengetahuan pakcik makcik felda yang bergambar depan komputer itu hari. kah kah kah!

sumber : bursa malaysia