Aug 15, 2012

tutorial / tips : cara jadi jutawan dalam masa satu minggu

sumber asal : utusan iblis, 7 Ogos

seminggu kemudian

notasemut : cara ini sangat mudah dan tak perlu keluar peluh macam lee chong wei. cubalah :)



tutorial / tips : Android for PC and Mac

Dua hari lepas, gua ada post entri bertajuk Android for netbook. dan hari ini, gua nak kongsikan tutorial yang bertajuk - Android for PC and Mac. ya, Android untuk PC! tutorial ni sangat mudah. gua yakin rais yatim pun boleh buat, itu pun kalau rumah dia ada internet. kah kah kah. ok berbalik pada tajuk, mari kita mulakan dengan lafaz bismillah.

*seperti biasa, gua tak bertanggungjawab kalau ada perkara yang tidak diingini berlaku ketika cubaan meng-install android pada PC korang. gua install sendiri ok je.

ok, berikut antara peralatan yang diperlukan :
1. PC atau Mac (gua pakai pc, maka tutorial ni detail untuk pc sahaja)
2. internet (untuk download, tengok video dan untuk bertanya google jika berhadapan dengan masalah)

pertama sekali, sila masuk ke [bluestacks.com] dan terus download. lepas tu, boleh rujuk step berikutnya seperti gambar di bawah.

Android for PC

Android for Mac

download installer

terus 'run'

click 'continue'

click 'install'

tunggu sampai download siap

lepas tu tunggu prosess install sampai siap

ok dah siap Android for PC! mudah bukan?

macam biasa, benda yang mula mula gua test, login facebook.

clik setting. kalau nak sync dengan handphone android korang, click 'cloud connect'

kalau takde, abaikan je. tak penting pun benda ni.

lepas tu dia akan bagi 9 digit nombor pin. salin dan terus on handphone android (kalau ada).

dekat handphone pulak, search 'blue stack' app dan terus download

lepas tu install

lepas tu terus bukak 'blue stacks' app

dan masukkan nombor pin (rujuk gambar awal tadi)

lepas tu boleh la install favourite app korang.

saja test instagram

dah boleh main potong buah buahan pakai mouse!

macam biasa, tak semua app compatible. pandai pandai la test sendiri

dan boleh pakai launcher! ini ADW launcher dengan Black Glass theme.
siapa yang dah biasa dengan android kacang je setting benda ni :)

semua dah siap, apa lagi, main angry bird fullscreen la!
(sebenarnya gua main pakai mouse, jari tu hiasan je)

kalau nak tengok video demo, jemput layan youtube di bawah. sekian tutorial gua. selamat mencuba dan majulah android untuk semua.


*kalau dah berjaya, jangan kedekut ilmu. kongsi la dengan kawan kawan. bukan semua orang mampu beli android tablet. selamat hari raya, maaf zahir batin :)