Jul 2, 2013

Tahukah anda Jalaludin Sulaiman?

Rasanya ramai yang dah tau siapa Jalaludin Sulaiman dan apa jasa dia sampai porak peranda rumahtangga orang lain dibuatnya. Semalam, rupa-rupanya blog pendedahan tersebut hilang tiba-tiba. Tapi, tapi, tapi, ah tengok la sendiri kat bawah ni.

"Kalau blog tu tiba-tiba terpadam, aku akan buat 2 blog baru untuk gantikannya. 
Kalau dua-dua blog tu juga dipadam, aku akan buat 4 lagi blog serupa. 
Dan begitulah seterusnya. Aku bukan ada kerja pun sekarang. 
Baik aku 'kerja'kan dia."


Sumber - FB PAGE Kami Benci Jalaludin Sulaiman

Dan akibatnya, boleh tengok di http://antijalaludinsulaiman.blogspot.com/ atau http://jalaludinsulaiman.wordpress.com

Notasemut : Blogger yang kutuk Najib, Rosmah, Sultan bola, takde pulak blog hilang tiba tiba ye dak? kih kih kih

Mar 8, 2013

menjelang PRU13 - Najib liwat 1Malaysia

sumber : FB

Bapa Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini," kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini.
"Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnya

Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.

Dalam kenyataannya, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan pegawai perdana menteri itu dan seorang peguam.

Malaysiakini tidak menyiarkan identiti kedua-duanya sementara menunggu respons daripada mereka.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar, yang melibatkan anak saya."

Menurut Azlan, beliau mengetahui mengenai hal anaknya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan kerana anaknya tidak langsung pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepadanya.

"Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan," dakwanya.

walaupun beliau sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anaknya, Azlan menjelaskan bahawa beliau melakukannya
semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya.

"Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar."

Azlan berkata, beliau memutuskan untuk membuat pendedahan ini kerana setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada semasa dalam perbicaraan, mahupun yang dikirim kepadanya oleh orang ramai, "saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan."

Pihak pemerintah, katanya, langsung tidak pernah menemuinya untuk berbincang kes itu atau bertanya pendapatnya.

"Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh (pegawai berkenaan)," dakwa Azlan.

"Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.

"Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi.

"Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini," katanya.

Azlan merayu kepada seluruh rakyat negara ini "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul".

"Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih
pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke-13 nanti," katanya.

sumber : Malaysiakini


notasemut : hah apa tunggu lagi? bila nak hadapkan setan setan yang terlibat dalam konspirasi jijik ni ke muka pengadilan?



Mar 3, 2013

sulu vs malaysia - kepala anggota unit keamanan kena penggal? [gambar]

sumber : fb

tadi gua perasan dah ramai umat melayu mula kongsi gambar kepala kena penggal ni. kononnya ni kerja geng sulu. gua sekali pandang je dah rasa ada benda yang tak kena. lepas gua google image, terbukti gambar di atas adalah palsu. ini gambar di thailand. tak percaya boleh rujuk [blog edyrizal]. hah nampak? nampak tak?

notasemut : boleh tak lu orang sebelum share tu siasat dulu? Nat Johar ni siapa? apa motif dia cerita benda bukan bukan ni? nak kena lempang?


Mar 2, 2013

Semporna - 2 polis cedera dalam tembak menembak [NST]

sumber : NST

notasemut : kecoh di twitter hal bunyi tembak menembak di Semporna. gua nak tengok bola pun tak tenang. semua syak ada kaitan dengan geng Sulu di Lahad Datu. sebentar tadi NST laporkan yang insiden tembak menembak tu tiada kena mengena dengan penceroboh di Lahad Datu dan disahkan 2 anggota polis cedera. harap berita ni betul dan semoga semuanya selamat.


Sulu vs Malaysia - Kenyataan rasmi Kesultanan Sulu

garang juga logo deme ni


under the headship of Ampun Sultan Muedzul-Lail Tan Kiram of Sulu, 35th Sultan of Sulu

Statement: Muedzul-Lail Tan Kiram, 35th Sultan of Sulu, son of Mahakuttah Kiram (last recognised Sultan of Sulu by Philippine government under Presidential Memorandum Order 427 issued in 1974 by President of the Philippines), 34th Sultan of Sulu, grandson of Esmail Kiram I, 33rd Sultan of Sulu on the situation in Lahad Datu, Sabah, March 2, 2013.

We are saddened upon hearing reports, confirmed by various Malaysian government officials, that unclear number of Filipinos and Malaysians died as my uncle, Jamalul Kiram III, and his followers clashed with Malaysian authorities in Lahad Datu, Sabah. We condole with the families of those who were lost.

We need to resolve the situation without violence. I urge my uncle and his followers to lay down their arms and return home, so that their grievances can be addressed through sober, productive dialogue. I urge Malaysian authorities to deal with the situation in peaceful manner. I repeat, we need to find a peaceful conclusion to the situation in Lahad Datu, so that further bloodshed may be avoided.

sumber wikipedia


notasemut : kenyataan di atas ni gua copy daripada official website kesultanan sulu. harap pihak yang terlibat dapat selesaikan isu ni dengan cara yang professional. kalau korang pikir selesai dengan cara tembak dan bunuh semua penceroboh adalah professional, lantak koranglah.

Mar 1, 2013

Tragedi Lahad Datu : Siapa tembak siapa dulu?

sumber : bernama petang 1 Mac


sumber : philstar pagi 1 Mac


notasemut : bernama kata sulu tembak dulu. media filipina kata malaysia tembak dulu. gua tengok siapa lapor dulu. kenapa bernama lapor 6 jam lambat? gua bukan nak sebelah siapa siapa, tapi benda macam ni satu dunia dok perhati. ah lantak la, nama pun perdana menteri bangang. enjin jet pun boleh hilang. pui!

Jan 14, 2013

Tahukah anda Sharifah Zohra Jabeen?



sumber : FB

notasemut : kalau nak berkenalan, boleh la melawat fesbuk dia disini - Sharifah Zohra Jabeen atau jenguk Page Suara Wanita 1 Malaysia untuk maklumat lanjut kegiatan listen listen listen mereka. kah kah kah!

UPDATE : video khas buat saripah! kah kah kah!



Internet memes of Sharifah Zohra Jabeen have sprouted after the SW1M president publicly berated a university student for voicing her views against the BN government in an open forum last month. - malaysianinsider



Jan 13, 2013

#KL112 Ubah Sekarang - Persembahan Ito [video]


Video persembahan istimewa oleh Ito Blues Gang di Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112, Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

klik gambar untuk saiz yang lebih besar

sumber : sinchew.com.my

notasemut : orang cakap gambar menceritakan segalanya, tapi gua tak 100% setuju. sebab masa gua dekat sana, bawah pokok besar tepi stadium tu sebenarnya ada lagi ramai orang melepak berteduh dari panas terik matahari. jadi tak payah la kita susah susah kira berapa ramai orang yang berhimpun dekat sana. yang penting gua ada join sekali, lu ada?

Jan 12, 2013

dari lensa semut - #KL112 [80 gambar]

Pyanhabib hasut beli baju di Kampung Baru

kartunis indipenden

ada gua kisah?






























lagi gambar boleh tengok di [Facebook Semut]


Jan 10, 2013

menjelang #KL112 - mari mengenal syaitan yang dikenali

sumber : harakahdaily

sumber : utusan

notasemut : nampak tak siapa the real syaitan? macam ni nak perjuang melayu? kah kah kah!



Jan 9, 2013

Malaysia di landasan terbaik menuju wawasan 2020

sumber : utusan

notasemut : harap kerajaan BN pacak kamera AES banyak sikit dekat kawasan ni supaya dapat mengurangkan kadar kemalangan jalanraya. kah kah kah!